Monday, July 03, 2017

KTP 027

Banyakkan mengingati NERAKA ...
INSHA ALLAH...kita akan takut menjadi ahli maksiat dan banyakkan merindui syurga..
INSHA ALLAH kita akan bersungguh2 mentaati ALLAH TAALA..Jangan fikir kita saja kena ujian.. Orang lain pun juga kena ujian.. Malah lebih teruk daripada kita.
Jangan tanya kenapa Allah pilih kita menerima ujian seberat ini tapi mohon dari Allah rahmat dan ganjaran yg sebanyak2nya dari ujian ini.


Terima lah hakikat bahawa kita ini manusia.. Akan ada buat silap.. Kalau tidak.. Kita ini malaikat


Sekedar nak mengingati kawan kawan ;
1) pergilah check kolestrol 3 bulan sekali. Kolestrol yang tidak merbahaya ialah di bawah 3.5
2) belilah alat check darah tinggi harganya hanya 100 dan baterinya harganya 5 ringgit. Boleh tiap tiap hari check di rumah sambil makan atau sambil berak pun boleh. Bacaan normal dan sehat ialah 120/80. Kalau lebih dari 140 pergilah jumpa doktor segera jangan buat bodoh sombong kerana anda tidak tau apa apa sebenarnya.
3) janganlah percaya pada tukang jual jamu atau herba kerana kelulusan mereka hanya SPM dan tidak faham tentang ilmu kedokteran. Mereka pandai saja cakap sebab hendak lariskan produk mereka sahaja.
4) jangan sekali kali lengahkan jumpa dokter jika rasa sakit kepala melampau atau pening melampau kerana umur kita sudah USIA SAKIT yakni 40 tahun ke atas. Dan kita tidak tahu apa apa pasal sebab sebab sakit kepala. Minyak cap kapak bukan ubat saluran darah tersumbat.
5) berhentilah minum teh tarik atau kopi susu isian pekat manis kerana ianya bukan susu malah ianya adalah pekatan kelapa sawit yang diperkaya dengan gula dan di diwarna putih.
6) sebenarnya kita, awak dan kawan kawan semua tak tahu gappo satu pasal penyakit. Hanya kecek pandai dan besar saja. Hakikatnya seringlah jumpa dokter. Jangan takut jumpa dokter kerana dokter bukan anjing atau rimau.
7) lebih baik kita tau dari awal penyakit kita agar kita boleh berusaha mengubati dari dok kecek sedak padahal kita tak tahu gappo satu.
7) jawatan tinggi dan kedudukan kewangan yang banyak bukan ukuran bahawa kita tahu akan penyakit kita.
BERINGATLAH.
Pesanan ikhlas untuk kawan kawan demi menjaga kesehatan.



Hidup ini kena banyak bersangka baik walaupun kepada orang yang kita tahu dia tak berapa nak baik.
Sebab apa?
Dengan kita bersangka baik, barulah kebaikan itu terus berjalan dan kita menutup pintu-pintu mengumpat.
🌼 *Ustaz Fariduddeen Rosli* 🌼


Tanda Tanda Hati Yang Mati
1. Berani meninggalkan solat
2. Tenang tanpa merasa berdosa padahal sedang melakukan dosa besar
3. Tidak tersentuh hatinya bahkan menjauhi ayat ayat Alquran
4. Terus menerus buat maksiat
5. Sibuknya mengumpat,fitnah dan buruk sangka
6. Sangat benci dengan nasihat baik dan para ulama'
7. Tidak ada rasa takut akan peringatan kematian,kuburan, dan akhirat
8. Gilanya pada dunia tanpa peduli dosa
9. Senang melihat orang susah dan menderita


*PERINGATAN BUAT DIRIKU*
❤ Hari ini, bila kita nak mandi, kita boleh mandi sendiri di mana sahaja yg kita suka.
🌹 Selepas itu kita ke almari dan pilih baju, apa yg kita nak pakai dan apa warna yg kita suka.
🌹 Kita ke almari solek, kita boleh pilih, apa wangian yg kita kita mahu.
🌹 Apabila sampai waktu sembahyang, kita ke surau atau ke masjid, samada berjalan kaki mahupun berkenderaan..
🌹 Selepas sembahyang, kita boleh pergi ke mana sahaja, kita nak pergi, kedai kopi, shopping ataupun terus pulang ke rumah...
🌀 TETAPI...
😭 Suatu hari nanti...
💔 Kita tidak mampu nak mandi dan kita akan dimandikan..
💔 Kita dah tak boleh pakai pakaian yang kita suka KECUALI kain kapan yg berwarna putih..
Tiada wangi-wangian KECUALI kapur barus...
💔 Dan di waktu itu bukan kita sendiri nak ke surau atau pun masjid TETAPI kita di usung...
💔 Selepas disembahyangkan, kita dah tak boleh pergi mana-mana KECUALI kita akan diusung ke rumah yg kekal abadi utk kita semua iaitu TANAH PERKUBURAN...
💔 Diwaktu itu, barulah kita tahu dan sedar bahawa, apa yang ada selama ini adalah bersifat sementara dan kita baru sedar yang kita selama ini terpedaya dengan keindahan DUNIA.
😢"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman,
(2) dan yang beramal soleh,
(3) dan yang berpesan-pesan pada kebenaran,
(4) dan yang berpesan-pesan pada kesabaran".
🌀~ Surah Al-'Asr.


Ya Tuhan, aku harap Engkau terima amal dari kami, kerana Engkau tiada menyiakan satu amal pun dari hambaMu.


Saya Seorang Petani
Pagi tadi ada sorang ustaz bicara dekat TV. Dia cakap satu benda yang sangat menyentuh hati aku. Katanya, 'ibu bapa akan lihat hasil tuaiannya (anak-anak) bila dah tua nanti, kalau baik jaga siram elok elok bagi baja yang cukup, inshaAllah hasilnya nanti kita boleh nikmati, jangan sampai bukan kita je tak boleh nak rasa tuaiannya, siap menyusahkan orang lain pulak'.
Anak-anak sememangnya seperti tanaman. Ibu bapa tuai hasilnya bila anak meningkat dewasa. Alangkah bahagianya tiap-tiap hari dapat berteduh bawah pohon yang rendang dari sinaran matahari dunia yang terik, dapat pula merasa manisnya buah-buahnya, bermacam-macam manfaat yang ibu bapa mampu garap dari anak yang soleh dan solehah.
Tapi malanglah pula si ibu bapa yang dapat pohon yang berpenyakit, penuh dengan ulat beluncas yang memakan daun-daunnya, daun-daun sering gugur dan menyepahkan halaman rumah mereka, bahkan pohon itu sendiri hampir mati kerana akarnya tak mencari air hidayah lalu tiada gunalah sinaran nasihat matahari. Hari semakin hari, pohon kian mati dan akhirnya tumbang dan mereput, menyusahkan si penanam tadi.
Maka dari itu, hai mama papa dan bakal daddy mami, anak itu kertas, kau pennya, kau contenglah apa yang kau nak conteng, anak-anak itulah hasil karya kau, suka atau tidak. Orang mengutuk karya mu tidak memberansangkan, nah salahkan siapa, salahkanlah dirimu. Hai si anak-anak cuma mengikut langkah-langkahmu. Kau menyuruh, tapi sendiri tidak melakukannya. Kau menyekat, tapi kau sendiri melakukannya.
Persepsi yang kita akan berubah atau suami akan berubah apabila dapat anak pertama, adalah sangat tidak benar sekali. Kerana banyak sekali kulihat, tiada perubahan pada sang bapa, apatah lagi sang mama. Perubahan itu bukan letak pada peristiwa, tapi letak pada kehendak dirimu sendiri. Tiada siapa termasuk Tuhan yang mampu mengubahmu, melainkan kau sendiri menginginkan perubahan.
Kita semua petani. Kita akan tuai hasil tanaman kita di dunia ini di musim akhirat sana. Dapat buah durian busuk besok kau makan lah, dah itu yang kau tanam sekarang.


maka, perasaan itu plastik, sebab ianya sementara.
Yang kekal, hanya di surga


Carilah cinta Ilahi , luruskan cintamu ! Agar ia meluruskan jalanmu menemui Cinta Ilahi yang abadi.
Selamilah dasar hati, percayalah bahawa sesungguhnya bahagia itu terikat pada hati yang punyai sifat redha dan tawakkal yang tinggi kepada ALLAH. InsyaALLAH. Perkenankanlah aku mencintaiMU semampuku Ya Rabb. Agar cinta itu mengalun indah dalam jiwa. Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku dalam titian menuju syurgaMU. Amiin. Mahu ralit dalam usrah cintaNYA



Ketika dirimu gelisah...
Sentuhlah hatimu dgn lantunan ayat2 cinta dalam kitab suci Al-qur'an.
• Ketika kau lemah...
Rangkum kembali makna-makna kebersamaan
bersama saudara-saudaramu agar saling menguatkan.
• Ketika kau lelah dan mulai putus asa...
YAKINLAH tiada usaha halal yg sia-sia.
• Ketika peluh & kerja tak dihargai...
Maka ingatlah saat itu kita sedang belajar tentang KETULUSAN.
• Ketika usaha keras kita dinilai sia-sia oleh orang lain...
Maka saat itu kita sedang memaknai KEIKHLASAN.
• Ketika hati terluka dalam karena tuduhan atas hal yang tak pernah kita lakukan...
Maka saat itu kita sedang belajar tentang MEMAAFKAN.
• Ketika lelah mendera & kecewa menerpa...
Maka saat itu kita sedang belajar memaknai tentang arti KESUNGGUHAN.
• Ketika sepi menyergap & sendiri membulat dalam keramaian...
Maka saat itu kita sedang memberi makna tentang KETANGGUHAN.


Walaupun kehidupan kita terasa semakin berat dan pikiran ini semakin dipenuhi beban kehidupan, tetap jangan berhenti melangkah, seberat apapun langkah kaki itu, tetaplah terus jalan, jangan ragu untuk terus melangkah.
Mengapa? Bila hidup ini ibarat permainan, sekali berhenti melangkah, maka akan banyak langkah yg tertinggal dan banyaknya kesempatan yg hilang.
Harapan akan selalu ada dan memang ada, jangan hilangkan harapan akan masa depan kita. Selama terus berjuang dan tidak putus asa. Buka telinga, buka mata, buka hati, pasti selalu ada jalan keluar bagi mereka yg merasa berjalan di jalan kebenaran.
Setiap orang berhak untuk merasakan kebahagiaan, setiap masa lalu adalah pelajaran bagi kita, jangan melekati masa lalu, karena masa lalu hanya meninggalkan jejak langkah, tak perlu untuk diratapi. Dan sadari bahwa masa depan bukan ditentukan oleh masa lalu, tetapi ditentukan oleh apa yg kita lakukan SAAT INI. Apa saja daya upaya dan usahamu yg bisa dilakukan untuk meraih masa depan yg lebih baik. PERUBAHAN pasti ada.
Dan ingatlah kita tidak sendirian, disekitar kita begitu banyak mereka yang ingin membantu kita, mereka pahlawan kehidupan bagi kita, setiap saat berusaha menyentuh hati kita, mereka hadir untuk selalu menyadarkan kita akan perjuangan, semangat, dan kehangatan akan cinta dan kasih sayang.
Sayangnya kita telat bahkan tidak menyadarinya. Ketulusan mereka tak tampak di pelupuk mata yg dikotori oleh kebodohan. Mereka tak pernah membiarkan kita bersedih.
Buka mata, buka telinga, buka hati kita, siapakah mereka?
Silakan mencari dan mulai kembali memperhatikan mereka…


Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.


Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela


Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.


Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan


Sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum pasti Dia menguji mereka. Maka siapa yang redha (terhadapnya) maka baginya keredhaan Allah, dan siapa yang marah (terhadapnya) maka baginya kemurkaan Allah." [Hadits Riwayat Al-Tirmidzi dan Ibnu Majah]


Ya Allah, berilah saya pertolongan untuk tetap mengingatMu serta bersyukur padaMu, juga berilah saya pertolongan untuk Beribadat yang sebaik-baiknya padaMu.”


Ketahui 3 cara Allah makbulkan doa kita
i. Dimakbulkan serta merta
Kita dapat sesuatu secara terus pada ketika kita berdoa untuknya.
ii. Allah menunda doa kita sehingga sampai waktu yang sesuai
Bukan Allah tidak memakbulkan doa kita cuma Allah tangguhkan ke suatu masa yang sesuai dalam pengetahuan-Nya.
iii. Menundanya di akhirat
Kita berdoa di dunia tetapi Allah beri ketika di akhirat. Sesungguhnya Allah lebih tahu masa yang tepat untuk memakbulkan doa kita lebih daripada kita mengetahuinya.


Teruskan mendekatkan diri dengan Allah
Jangan ambil jalan pesong atau jalan yang Allah tidak suka. Ketika kita diuji, hati yang sempit kebiasaannya akan nampak yang negatif sahaja tentang Allah. Kita jadi seorang pesimis – selalu bersangka buruk.
Akhirnya membuat kita tertekan dengan diri sendiri. Terus dekatkan diri dengan Allah seperti terus menunaikan solat 5 waktu, baca Al Quran.
Walau sukar, berusaha untuk buat walau sedikit. Asalkan jangan tinggal semua. Paling malas, pasang ayat Al Quran, biarkan telinga kita dengar perkara-perkara yang baik untuk makanan rohani.


Sibukkan diri
Elakkan bersendirian. Sibukkan diri dengan menyertai apa-apa program kebajikan atau majlis ilmu agama, supaya kita tiada masa untuk fikir tentang masalah.
Adakalanya apabila kita bersendirian, kita akan lebih kerap fikir tentang masalah sehingga buat kita selalu tertekan


Allah ya Sami’ (Yang Maha Mendengar) sentiasa dengar rintihan kita
Sedarilah Allah tidak pekak. Allah ya Sami’ adalah salah satu daripada 99 nama-nama Allah. Andai kita ada sahabat yang merupakan pendengar yang baik, Allah adalah pendengar yang lebih baik daripada mereka.
Sentiasa sedar, Allah sentiasa mendengar rintihan kita walaupun kita hanya berbisik di dalam hati. Untuk memulakan rintihan, mulakanlah dengan menyeru ya Allah ya Sami’. Kemudian mulakan rintihan.


Maafkanlah sesiapa pun yang memusuhimu, jangan sesekali menyimpan dendam, ketahuilah bahawa pasti ada hikmah di sebalik segala-galanya

jangan pernah kita merasa putus asa..
kerana ujian ALLAH itu untuk keimanan kita terhadapnya..
berbanggalah kerana dengan ujian itulah tanda Allah sayang kepada kita..
jika merasa sendiri..
ALLAH telah berpesan kepada kita bahawa....
sesunguhnya Dia bersama dengan hambanya..
mengapa kita ragu lagi..
sedangkan surat CINTAnya untuk kita telah DIA utuskan kepada kekasihnya,,
dan kini,
surat cinta itu ada pada kita..
maka bukalah..



Hal yg selalu kita tak nampak ialah
Ada masa kita silap
Yg kita nampak ialah kita selalu betul...


Sifat tawadhuk dapat mengurangkan kesalahan dan menambah kelapangan.



Seronok jika dapat faham
Bahawa
Mengajar adalah belajar


Hati2 untuk diingat

Jagailah ibubapa kamu,nescaya anak2mu akan menjagai kamu.


Hanya sebuah nasihat
Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diuji akan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.



Nasihat rumahtangga
Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.


WANITA
Cantikkah Kita: Antara Perspektif Manusia Dan Pandangan Islam
OLEH TIM TAZKIRAH,
Wanita Dan Kecantikan
Wanita sangat sinonim dengan kecantikan. Nabi Muhammad SAW sendiri sangat meraikan fitrah wanita yang mencintai kecantikan. Buktinya, panggilan Baginda ke atas isterinya, Aisyah ialah Al-Humaira’ yakni putih kemerah-merahan. Panggilan manja ini sangat digemari oleh Saidatina Aisyah kerana itulah cara baginda mengiktiraf kecantikannya.
Di sisi Islam, kecantikan bukanlah sesuatu yang diharamkan selagi ianya tidak bertentangan dengan syariat. Bahkan dalam Al-Quran sendiri adanya surah Az-Zukhruf, yang bermaksud perhiasan. Nah! Bukankah perhiasan digunakan untuk mencantikkan?
Walaubagaimanapun, definisi cantik membawa maksud yang berbeza apabila merentasi budaya dan negara. Sebagai muslim, adalah menjadi satu galakan untuk kita memahami perbezaan ini agar kita saling mengenali dan menghormati antara satu sama lain. Bukankah Allah telah berfirman:

”Wahai manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal”
(Al-Hujurat:13)
Justeru hari ini mari kita meneliti beberapa fakta yang dikaitkan dengan kecantikan mengikut definisi beberapa buah negara.
#1 – Eropah
Pada abad ke-20 wanita dianggap cantik apabila tinggi dan langsing. Sehingga ke hari ini, tidak hairanlah insan yang dipilih untuk memperagakan pakaian atau fesyen terkini di Eropah terdiri daripada golongan tersebut. Kelangsingan dan ketinggian tubuh melambangkan imej wanita yang menitikberatkan soal penjagaan kecantikan dan kesihatan diri.
#2 – Afrika dan India
‘Big is beautiful’. Itulah definisi kecantikan di mata mereka. Indikator kecantikan wanita bagi komuniti berkulit gelap ini ialah terletak kepada saiz tubuh yang agak berisi. Dalam kata lain, semakin berisi tubuhnya semakin cantiklah wanita tersebut. Bagi wanita yang sudah berkahwin pula, saiz tubuh yang besar melambangkan kebahagiaan hidup dan kesuburan wanita itu.
#3 – Thailand dan Myanmar
Seorang wanita dianggap cantik apabila memiliki leher yang panjang. Sekitar umur lima tahun, leher mereka akan mula dipasang dengan gelang tembaga yang melingkar dan berlapis-lapis. Ini bagi mengelakkan leher mereka menjadi besar dan kembang. Oleh itu, jangan terkejut jika berkunjung ke negara Asia itu, anda akan lihat ramai wanita yang bergelung di leher mereka.
#4 – Kalimantan
Definisi ‘cantik’ bagi perempuan di sana lebih banyak terfokus pada bahagian telinga. Semakin lanjut telinga, semakin cantiklah wanita itu. Caranya adalah dengan menindik bahagian cuping telinga dan menggantungkan anting-anting logam yang berat untuk ‘melanjutkan’ telinga tersebut.
Di sana, budaya menindik dan ‘melanjutkan’ telinga bukan sahaja bertujuan untuk mencantikkan malah ia menjadi lambang kehormatan sesuatu puak atau suku tersebut.
#5 – Korea
Di negara Asia timur ini, wanita yang mempunyai kelopak mata dianggap cantik kerana kebanyakkan wanita di sana mempunyai mata yang sepet. Walaubagaimanapun, secara umumnya, mereka masih mementingkan kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Ini kerana Korea mempunyai teknologi pembedahan plastik yang sangat maju bagi mencantikkan struktur tubuh yang sedia ada.
#6 – Ethiopia
‘Beauty is pain’. Itulah ungkapan yang selayaknya diberikan kepada warga Ethiopia yang masih meneruskan budaya melebarkan bibir menggunakan piring. Adat ini sering dilakukan ke atas golongan anak dara beberapa bulan sebelum pernikahan mereka. Dengan berbibir lebar, mereka bukan sahaja kelihatan cantik malah lebih dihormati oleh kaum lelaki dalam puak mereka.
Cantik Di Sisi Allah
Sungguh, dalam Islam definisi ‘CANTIK’ itu bukan hanya disandarkan pada bentuk tubuh, keayuan wajah mahupun fizikal wanita itu sendiri. Bahkan, ia melangkaui segala perkara itu. Fahamilah sabda Baginda Nabi SAW ini dan berusahalah untuk menjadi cantik dan berseri-seri di sana nanti.
“Umatku akan tampil (datang) pada hari kiamat kelak dengan wajah yang bersinar-sinar, tangan dan kakinya berkilau dari bekas-bekas wuduknya.”
(Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim)
Hakikat cantik di sisi Allah bukan hanya pada fizikal semata-mata tetapi menjurus kepada kecantikan amal yang dipersembahkan kepadaNya. Bayangkan di akhirat kelak, bekas wudhuklah yang akan memberi sinar di wajah kita.
Jika di dunia, leher yang panjang cantik di mata wanita, maka ketahuilah leher panjang yang menjadi kebanggaan Allah di padang mahsyar kelak akan dimiliki oleh bilal yang melaungkan azan. Ini dibuktikan dalam hadis Rasulullah SAW yang menyebut:
Muadzin adalah orang yang paling panjang lehernya di akhirat kelak
(HR Ibnu Majah)
Kesimpulannya, tidak salah untuk mencantikkan fizikal, tetapi janganlah sampai kita terlupa mencantikkan amal ibadah kita untuk dipersembahkan kepada Allah.
Ingatlah, secantik manapun rupa paras kita, tetap akan hancur dimakan ulat. Kerana akhirnya, keindahan amal soleh itulah yang akan menuntun kita ke SyurgaNya yang pastinya dilimpahi kecantikan yang kekal abadi.

No comments: