Tuesday, July 18, 2017

Dari FB Jakim 02

Sedih sangat bila balik ceramah saya tengok di kedai seorang lelaki hisap rokok di depan isteri dan 4 orang anaknya. Berasap-asap. Sembur asap. Macam bunuh nyamuk. Sambil relax jer tengok hp. Sedangkan isteri tengah melayan anak-anak makan...ada anak umur setahun lebih agaknya..
Saya duduk belakangnya pun berasap-asap muka saya. Saya doa ya Allah berilah hidayah padanya. Ya Allah berilah dia berhenti hisap rokok dan bertaubat dari dosanya menyakitkan orang dengan rokok dan asap rokoknya..
Ya Allah kasihanilah anak-anaknya. Anaknya sedang melihat ayahnya hisap rokok depan-depan dan ayahnya sedang beri asap rokok yang bahaya pada anak-anaknya. Ya Allah kasihanilah abang ni dan keluarganya..dia baik tapi lupa atau jahil. Berilah hidayah padanya..
Saya doa jer dalam hati. Tadah tangan sikit kerana kasihan keluarganya. Sebab saya tak tahu nak buat apa..cuma kasihan anak-anaknya yang kecil. Saya teringat anak di rumah. Saya perlahan-lahan pergi bayarkan dulu niat belanja mereka.
Dia perasan agaknya dah tolong bayarkan..Dia tengok hp. Kemudian tengok saya. Ustaz Ebit Lew kan..yer saya..boleh saya minta doa selesai hutang. Saya ada amalkan solat dhuha dan lain-lain..saya dengar di fb dan instagram ustaz...
Syukur Alhamdulillah. Abang, sumber rezeki kita hilang dan bocor disebabkan kita tak jaga silaturrahim terutama ahli keluarga. Abang minta maaf sangat. Saya rasa merokok ini sebab rezeki seseorang itu hilang. Kelemahan diri kita merokok satu hal. Tetapi bila merokok depan isteri dan anak-anak. Kita sakitkan mereka dengan bahaya yang amat banyak. Dan baunya amat menyakitkan orang yang tidak merokok.
Bagi orang merokok memang biasa bau rokok. Tetapi buat yang tak hisap macam apa baunya. Setiap orang kita sakiti dengan asap rokok, kita takkan terlepas di akhirat nanti. Kita akan dituntut di mahsyar nanti. Pasti tak terlepas. Terutamanya isteri yang berkorban siang malam terpaksa bau asap rokok kita. Belum kira bau rokok pada badan mulut. Ya Allah cukup menyakitkan. Anak-anak mula melihat contoh yang teramat buruk depan mata. Selalu wanita inbox tanya pasal betapa peritnya suami merokok. Stressnya. Tetapi kerana sayang mereka lupakan semuanya..
Kenapa kita jika benar sayang keluarga kerana Allah tak boleh berhenti merokok yang bukan makanan pun? Bahkan sumber beribu mudharat dalam kehidupan..
Kalau abang berhenti hisap rokok saya doakan dan pasti rezeki abang lebih baik. Mencurah-curah rezeki. Dalam hidup ini pasti berjaya bila kita banyak memberi kebaikan dan manfaat pada orang lain. Paling kurang jangan sakitkan orang lain. Merokok, asap dan baunya amat menyakitkan..
Abang tadi kata ya Allah betul ustaz. Saya memang nak berhenti merokok. Doakan saya ustaz.
Terus berhenti abang kerana Allah..kerana Allah sahabat rhum bagi nyawa mereka. Air mata darah mereka. Kita setakat korbankan rokok untuk Allah sayang. Pasti berbaloi. Buatlah kerana Allah. Jangan tangguh lagi. Sekarang juga berhenti..Nabi saw korbankan air mata darah segalanya untuk kita. Kenapa tidak kerana cinta kita kepada Nabi saw kita tinggalkan rokok yang membinasakan diri, harta dan keluarga, masa, rezeki...
Tahniah abang..Allah sayang.
Saya doakan semua orang merokok serta merta berhenti merokok. Saya doakan semua orang merokok berhenti dari menyakiti orang keliling terutama isteri dan anak-anak kecil-ebit lew #jelajahSekolah


JANGAN SAMPAI KAMU LUPA MATLAMAT HIDUPMU
Ada golongan yang mana keimanannya keyakinannya adalah begitu mantap sekali yang mana menjadikan dunia untuk akhiratnya, kekayaan untuk akhiratnya, teknologi untuk akhiratnya, kehidupan untuk masa depannya, waktu untuk masa depannya. Ini sangat-sangat bijaksana sekali.
Akan tetapi ada golongan yang saat ketika melihat kemewahan hidup dengan duitnya dengan hartanya, kekayaannya, pangkatnya,
wanitanya ataupun dengan kehidupannya. Akhirnya jadi lupa daratan dan mabuk kepayang. Maka kumpulan yang seperti ini harus mendapatkan teguran atau juga peringatan daripada Allah Jalla Wa'ala.
Hari ini bermacam kejadian yang menimpa kepada manusia satu demi satu terjadi baik itu bencana alamnya kah, fitnahnya kah dan penyakit yang menimpa diri manusia dan seumpamanya.
Ini tanda hikmah dan rahsia malapetaka, cubaan dan ujian yang menimpa manusia dengan tujuan untuk menyedarkan manusia supaya jangan mabuk kepayang dengan urusan dunia supaya jangan sampai lupa daratan sampai tidak tahu matlamat hidup untuk apa.
Supaya sedar dan insaf aku ini adalah salah satu orang yang ditimpakan oleh Allah untuk melihat kembali perananku dalam dunia ibadah, perananku dalam dunia ilmu, perananku dalam dunia dakwah, perananku untuk diri peribadiku yang utama, ahli keluargaku yang kedua dan untuk seluruh Ummat umumnya.
Hari ini berapa banyak kali kita leka, lalai sehingga tidak sempat untuk solat berjemaah kerana sibuk dengan urusan dunia kita? Maka Allah Jalla Wa'ala memberikan kita ujian baik itu cubaannya, ujiannya, musibahnya, cabarannya, sakitnya dan seumpamanya supaya kita KEMBALI INGAT kepada Allah
#MutiaraKata[TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI HAFIDZOHULLAH]
#thecapal


LISAN GAMBARAN HATI
Berkata Sayyidil Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz hafizohullah;
Lisanmu adalah gambaran dari apa-apa yang tersimpan dalam hatimu
Maka setiap kalimah yang buruk, menunjukkan atas buruknya apa-apa didalam hatimu
Setiap umpatan menunjukkan atas gelapnya apa-apa yang didalam hatimu
*Setiap kebohongan menunjukkan atas jeleknya apa-apa yang didalam hatimu
Setiap sumpah palsu menunjukkan atas keruh & kotornya apa-apa yang didalam hatimu
Setiap cacian baik atas anak kecil atau-pun orang dewasa bahkan cacian atas haiwan sekali-pun, hal itu menunjukkan atas gelapnya apa-apa yang didalam hatimu
Lisan adalah merupakan gambaran hati, maka jadilah dirimu peribadi yang memiliki lisan yang jujur, dan suci hati.
Semoga Allah Taala menyelamatkan kita semua dari fitnah anggota ini agar supaya kita terlepas dari segala soalan-soalan yang bakal disoal Allah Taala di sana nanti insyaAllah. Amiin.



Yang membezakan antara orang mukmin dan musyrik adalah solatnya...
Yang membezakan orang baik dan jahat adalah tindakkannya...
Yang membezakan kita adalah amalannya....


Title ijazah itu tidak semua manusia akan merasainya .
Tetapi,
Title jenazah itu semua manusia pasti akan merasainya


Jangan sombong dengan apa yang kita ada... kerana Allah boleh tarik bila-bila masa.


Manusia asalnya daripada tanah,
Makan hasil tanah,
Berdiri di atas tanah,
Akan kembali ke tanah.
Kenapa masih bersifat langit?
~ Hamka ~


Tidak suka orang datang rumah, leceh nak kemas-kemas bersilaturrahmi adalah tanda-tanda hati yang sombong yang kita tak perasan sebenarnya.”


Punca kebanyakan masalah manusia ialah sifat takbur dan hasad. Takbur kerana merasa dirinya lebih baik dan menghina orang lain. Hasad kerana tidak suka melihat orang lain mendapat nikmat dan ingin nikmat itu hilang daripada orang itu.
Iblis jadi takbur, apabila mempersoalkan mengapa Adam yang terpilih untuk dihormatinya sedangkan dia merasakan dirinya lebih baik kerana diciptakan dari api.
Dan Iblis hasad terhadap Adam yang dilantik menjadi khalifah sehingga dia derhaka kepada Allah yang ditaatinya sekian lama.
Iblis bukan tidak kenal Allah, bahkan bukan dia begitu lama dan banyak beribadah, tetapi kerana takbur dan hasad akhirnya dia derhaka jua kepada Allah.
Ada 'keredhaanNya' yang diletakkan Allah pada Adam untuk diraih oleh Iblis. Iblis hanya perlu sujud hormat tetapi dia tetap enggan kerana lebih rela sujud kepada takbur dan hasadnya.
Sekiranya Iblis rela sujud kepada Allah kerana cintanya kepada Allah tentu dia diredhai. Malang...takbur mengatasi cintanya. Takburnya kepada Adam lebih besar daripada cintanya kepada Allah.
Begitulah...ibrahnya. Jika ada cinta walau sebesar mana, tetapi jika takbur dan hasad di jiwa lebih besar daripadanya, maka cinta itu akan lebur dan terkubur jua!
[Ustaz Pahrol Muhamad Juoi]


Teringat pesan seorang ustaz, "Jika hatimu tak terpaut dengan Al Quran, tak teringin nak membaca dan menghafalnya maka istighfarlah. Boleh jadi, hartamu, pekerjaanmu, pernikahanmu, anakmu, dan makananmu selama ini tiada keberkatan.
Kerana hati yang tak terpaut dengan Al Quran adalah hati yang dekat dengan perkara haram."
وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ ۥ شَيْطٰنًا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ
Bermaksud: "Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya."
[QS. Az-Zukhruf: Ayat 36]
Pautkan hati dengan al-Quran..ianya sumber keberkatan..


KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG & JIWA TENANG
1. TIDAK MEMBENCI
Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu.
2. TIDAK MERUNGUT
Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa.
3. BERSEDERHANA
Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.
4. BERSANGKA BAIK
Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian.
5. SELALU SENYUM
Senyumlah walaupun hati terluka.
6. SELALU MEMBERI
Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya..
7. DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA
Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya...
8. TIDAK BERDENGKI & IRI HATI
Jangan berdengki dengan kejayaan teman-teman anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya...jika anda dengki dengan mengaibkan dia..ingtlah segala
amal baik anda pasti hangus..Kerana Allah tak terima amal Kebajikan orang yang Berhasad dengki..
9. MUDAH MEMAAFKAN
Jangan merasa liat dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan didalam memaafkan
10. HINDARI PERMUSUHAN
Jangan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai lawan namun dia adalah kawan anda.

No comments: