Hidup ini Banyak Makna, Namun tanpa iman dan Taqwa jadi Tak Bermakna
Monday, July 10, 2017
Dari FB Jakim 11072017
Tips nak murah rezeki dan dipermudahkan urusan hidup ni, kita kena banyak MEMBERI.
Kalau ada duit, banyakkan bersedeqah dan membantu orang yang memerlukan.
Kalau takde duit, BERI pertolongan pada yang memerlukan. BERI kegembiraan pada orang sekeliling. BERI kata-kata yang baik pada semua orang.
Memberilah apa yang kita ada dan yang kita mampu. Jangan pentingkan diri sendiri, jangan nak senang sendiri. Tak reti nak gembirakan orang lain.
Kita kikir nak memberi, Allah juga akan kikir dengan kita. Maka, jangan pelik kenapa hidup kita susah.
Bukan hanya orang kaya yang mampu MEMBERI. Menjadi orang takda duit, tak bermaksud TAK BOLEH MEMBERI.
Bila kecewa dengan prestasi diri, jangan sesekali mencela diri dengan kata-kata negatif, anggap diri kurang berguna, mengutuk diri sebagai bodoh dan sebagainya, kerana Nabi bersabda bahawa Malaikat mendoakan kata-kata kita. Cukup berdoa untuk Allah menambahkan prestasi kita dan bukanlah kata-kata kutukan terhadap diri itu ciri rendah diri yang baik.
Matannya :-
لَا تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِلَّا بِخَيْرٍ فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ
Ertinya : Janganlah kamu mendoakan dirimu kecuali dengan baik kerana sesungguhnya Malaikat mengaminkan kan apa yang kamu katakan. ( Sohih Muslim)
POSITIVE THINKING,
POSITIVE FEELING,
POSITIVE DOING.
"Suatu hari, Rasulullah SAW menjenguk seseorang yang sedang
sakit demam".
Beliau menghibur dan membesarkan hati orang tersebut.
Beliau berkata,
"Semoga penyakitmu ini menjadi penawar dosamu...."
Orang itu menjawab,
"Tapi ini adalah demam yang mendidih, yang menimpa orang tua
yang sudah tua renta, yang bisa menyeretnya ke lubang kubur..."
Mendengar keluhan orang itu, Rasulullah SAW berkata,
"Kalau demikian anggapanmu, maka akan begitulah jadinya".
(HR. Ibnu Majah).
Sungguh indah apa yang dikatakan Rasulullah SAW.
Perhatikan pesan-pesan Rasulullah berikut ini :
"Barangsiapa yang ridha, maka keridhaan itu untuknya".
"Barangsiapa mengeluh, maka keluhan itu akan menjadi miliknya"
(HR. at-Tirmidzi).
"Salah satu kebahagiaan seseorang adalah keridhaannya menerima Keputusan ALLAH."
(HR. Ahmad).
Saudaraku,
- Jika kita memikirkan bahagia, maka kita akan bahagia.
- Jika kita berpikiran sedih, maka kita menjadi sedih.
- Jika kita berpikiran gagal, kita menjadi gagal.
- Jika kita berpikiran sakit, kita pun menjadi sakit.
Pesan Moral :
*You are what you think*
"Anda adalah apa yang Anda pikirkan".
Selalu berfikir dan merasa yang positif, dan jangan pernah biarkan, Pikiran dan Perasaan Negatif membelenggu otak, hati dan kehidupan !!.
(Positive thingking, positive feeling, positive doing).
Jadi tetap semangat dan jangan pernah menyerah pada keadaan.
Tugas kita yaitu :
"Berusaha (Ikhtiar) secara sungguh-sungguh, Berdo'a, Sabar, Ikhlas, Syukur dan Penyerahan diri kepada ALLAH SWT". (Tawakkal).
Nabi SAW bersabda :
"Ketika seorang hamba berkata Laa Haula Wa Laa Quwwata Ila Billah", maka ALLAH berfirman,
"Lihatlah (hai para malaikat),
Orang ini telah menyerahkan urusannya kepada-KU".
(HR. Ahmad).
TIGA perkara yang apabila ada pada seseorang, Allah akan menjaganya, melindungi dengan rahmat-Nya dan menjadikannya sebagai hamba yang dicintai-Nya, iaitu:
1. Jika diberikannya sesuatu ia bersyukur
2. Jika mampu membalas ia memaafkan
3. Bersikap tenang ketika marah."
(Riwayat al-Hakim).
Tidakkah kita ingin menjadi hamba Allah yang selalu dijaga, dilindungi dan dicintai-Nya?
Maka marilah kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa mengucap syukur dan bahagia dengan apa yang dimiliki. Marilah kita memaafkan orang yang dianggap telah menyakiti kita dan marilah kita memelihara lisan dan fikiran daripada bahaya marah.
Marilah kita rebut peluang dan tawaran yang menarik itu dengan mengamalkannya untuk menjadi hamba yang selalu mendapat rahmat, selalu dijaga dan dicintai oleh Allah SWT.
^_^
ANTARA SEBAB ALLAH TURUN UJIAN KEPADA KITA
1. Allah tahu kita mampu mengatasinya
2. Allah bagi peluang kita bersihkan diri kita
3. Allah nak kita lebih dekat kepadaNya
Hari ini masih kuat dan gagah
Mungkin esok nak bangun pun termengah-mengah
Hari ini kalau tidak dibuat suruhan Allah
Belum tentu esok ada lagi peluang dari Allah.
Hari ini realiti yang mesti dilalui dengan tabah
Kerana esok hari belum pasti boleh berubah
Hari ini ahli maksiat berasa bangga dan megah
Esok hari mungkin menyesal tak sudah-sudah
Hari ini berpakaian baju dan jubah
Mungkin esok hanya kain kafan yang tiada lagi gah
Hari ini berpijak di atas tanah
Boleh jadi esok sudah jadi penghuni dalam tanah
Hari ini berkenderaan serba mewah
Mungkin esok hanya ada kereta jenazah
Hari ini janganlah bermegah-megah
Kerana esok hanyalah harapan dalam pasrah
Hari ini Banyakkan doa dan harap pada Allah
Semoga esok hidup dalam redha Allah
Hari ini kuatkan taat , amal ibadah
Moga esok masih istiqamah
Hari ini andai datang ketentuan Allah
esok terimalah ia dengan tabah
Hari ini andai ada silap dan salah
Jangan tunggu esok untuk istighfar dan taubah.
Hari ini kita dalam taqdir Allah
Besok hari hanya dalam ilmu Allah.
Hari ini kita berukhuwah dan bermadah
Semoga esok dikumpulkan bersama di Jannah. Amin
Sudah punya isteri tetapi masih mahukan isteri baru yang masih muda dan manja...-
Itu dilema yang dihadapi sebahagian teman kita. Dan kita sekadar mampu mendoakan Allah membesarkan jiwanya. Ujian manusia itu berbeza2. Cuma, jika hanya nak cari manja dan muda. Sampai satu masa, yang manja dan muda akan menghilang, yang tinggal hanyalah setia dan taat pada pasangan sahaja.
Guru kami ada berpesan, sampai satu tahap, jika orang yang kita sayang dah tak boleh nak diubah, maka kitalah yang kena berubah. Ubah sikap diri sendiri.
Macam Nabi, baginda tak boleh nak ubah sikap seorang wanita buta yang hari2 rutinnya mencaci Nabi, maka Nabi bawak akhlak mulianya menyantuni wanita tersebut, lalu apa hasilnya? Hidayah Allah sampai bukan saat Nabi berdepan dengannya tetapi waktu sesudah wafatnya baginda SAW.
Rumah tangga juga perlukan hidayah, (bukan isteri baru nama hidayah ya 🤣🤣) Jemputlah ia dari Allah melalui wasilah sikap diri sendiri dan berkasih sayang kerana-Nya. Semoga Allah bantu kita semua..
#bahagiandakwahjakim
#baitmuslim
Tatkala jiwa menjadi kosong , rawatlah ia dengan zikir di hati.
Tatkala jiwa menjadi kosong , penuhi al-Qur'an di lubuk sanubari.
Tatkala jiwa menjadi kosong , berlarilah kepada Ilahi.
Tatkala jiwa menjadi kosong , ingatlah diri kepada mati.
Kerana jiwa yang kosong itu permulaan bagi hati yang mati.
Kerana jiwa yang kosong itu puncanya hati berbelah bahagi.
Kerana jiwa yang kosong itu sumber lalainya hati.
Rawatlah hati , gilaplah iman , Insya Allah, hati bakal subur kembali.
Antara penyakit yang tak boleh dirawat oleh doktor ialah penyakit sombong, bongkak, bangga diri, suka bergossip dll.
Ingatlah satu perkara.
Allah memanggil umatnya dengan gelaran 'hamba' untuk mengajar manusia agar tidak angkuh, sombong, bangga diri, syok sendiri dll.
Jadilah manusia yang sentiasa rendah diri ketika tiada apa-apa dan ketika mempunyai lebihan dalam satu-satu aspek.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment