Bukan mudah untuk istiqomah mengikuti sunnah...
Sesungguhnya perlu hati yang sentiasa mengingati ALLAH & RasulNya.
dab basuh beras:
1. Menggunakan tangan kanan untuk membasuh.
2. Gaulkan arah lawan jam (sama seperti arah tawaf)
3. Membaca "Laisa la ha min dunillahi kastyifah" ...
maksudnya... Tidak ada penyembuh selain dari Allah.
4. Ulang basuh sebanyak 3 kali.
Wahai kaum hawa, adik kakak...ibu ibu ..masaklah makanan anda dengan berzikir, insyaallah akan membawa berkat kepada pemakannya. Waallahualam
SUJUD ITU INDAH....BERBISIK DI BUMI....TETAPI DENGAR DI LANGIT
MENGAPA IMAM SYAFI'I TIDAK SOLAT TAHAJUD
Suatu ketika Imam Syafie bertamu di rumah Imam Ahmad bin Hanbal… Pada waktu malam, dia bersendirian di biliknya, tidak keluar untuk mengambil wudhu’ atau lain2nya… Imam Syafi’i baru terlihat keluar dari biliknya ketika terdengar azan Subuh…
Puteri Imam Ahmad bin Hanbal yang memerhati perilaku Imam Syafie merasa hairan…. Dia bertanya kepada ayahnya: “Wahai ayah, apakah beliau adalah Imam Syafi’i yang ayah ceritakan itu?”… “Ya,” jawab si ayah... “Aku perhatikan ada TIGA HAL YANG GANJIL pada dirinya…
1] KETIKA KITA HIDANGKAN MAKANAN, IA MAKAN DENGAN BANYAK ...
2] IA TIDAK MENUNAIKAN SOLAT TAHAJUD...
3] KETIKA SOLAT SUBUH, IA TIDAK KELUAR MENGAMBIL WUDHU.”….
Imam Ahmad bin Hanbal pun kemudian menyampaikan hal tersebut kepada Imam Syafi’e… Lalu jawab Imam Syafie:
1] “Wahai Imam Ahmad, aku banyak makan kerana aku tahu bahawa makanan yang engkau hidangkan PASTI MAKANAN HALAL dan engkau adalah orang yang dermawan... Makanan halal yang diberikan orang dermawan adalah OBAT... “
2] “Semalam aku memang tidak menunaikan solat tahajud…. Sebabnya, ketika aku hendak tidur, aku melihat seakan-akan Al Qur’an dan hadits terpampang di depan mataku… Aku pun menghabiskan malam dengan melakukan istinbath hukum…. Alhamdulillah, TUJUH PULUH DUA MASALAH FIQIH dapat aku selesaikan dalam semalam…. Insya Allah SEMUANYA BERMANFAAT BAGI KAUM MUSLIMIN,”….
3] “Aku tidak dilihat mengambil air wudhu, kerana semalaman mataku terjaga, dan TIDAK ADA SESUATU YANG MEMBATALKAN WUDHUKU,”.. Jawab Imam Syafi’i….
Jawaban ini membuat Puteri Imam Ahmad bin Hanbal merasa MALU, kerana telah memiliki prasangka yang bukan-bukan terhadap Imam yang agung tersebut... Namun tanpa pertanyaannya, mungkin kita tidak akan tahu kisah ini….
BAGAIMANA CARA PANDANG TERHADAP SESUATU YANG MENYEDIHKAN DAN MENGGEMBIRAKAN
Seorang murid bertanya ; apakah seorang mukmin hidupnya tidak boleh dilanda sedih sama sekali?
Jawapan...
Sedih dan gembira itu bagai malam dan siang.
Apakah ada sesorang di muka bumi ini yang dapat keluar dari putaran siang dan malam?
Hanyasanya ...
bagi seorang wali Allah, fokus perhatiannya bukan pada malam dan siang itu tapi pada Allah sang penciptanya .
Laksana bekas, ia mengeluarkan apa yang menjadi isinya.Jika isinya anggur akan keluar anggur, jika isinya racun akan keluar racun.
Dalam pandangan seorang wali, Allah adalah Pemilik kebaikan mutlaq,
Maka tidaklah sesuatu datang/keluar dari yang Maha baik kecuali kebaikan pula.
Jadi siang malam atau sedih dan gembira itu hanyalah kulit semata, tiada yang menjadi isinya selain kebaikan.
Lebih dari itu....
Bagi Sang arif(wali Allah) ; malam dan siang , sedih dan gembira yg datang silih berganti adalah tampilan dari wajahNya yang Maha sempurna.
Melalui malam atau kesedihan Dia tampilkan wajah Jalal( keagungan)Nya.
Melui siang atau kegembiraan Dia tampilkan wajah Jamal(kecantikan)Nya.
Dan sifat Jalal dan jamal itu hanyalah ekspresi manifestasi ( mazhar) dari sifat KESEMPURNAAN KEINDAHAN Nya yang tiada batas( kamal) yang selalu di rindukan oleh sang Arif setiap waktu dan keadaan.
Jadi sesungguhnya ;
apakah seorang mukmin yang hakiki itu kedatangan malam atau siang, musibah atau nikmat, kesedihan atau kegembiraaan, maka yang dia saksikan dengan mata hatinya hanyalah 'wajah kesempurnanNya yang teramat cemerlang'.
Nasihat Oleh Kiyai Dhiyauddin
MELATIH CARA PANDANG YANG DAPAT MENJAMIN KESUCIAN HATI
Bagaimana seharusnya seseorang memandang orang lain dalam pergaulan sehari-hari?
Ciri-ciri orang orang soleh itu, dia tak pernah memandang buruk orang lain selain dirinya sendiri.
Kalu dirimu masih melihat keburukan pada orang lain, maka paling minimum carilah sekurang-kurangnya satu kebaikannya sampai ketemu, pasti ada!
Akan tetapi jika kau tetap tidak dapat menemukan kebaikannya, maka janganlah terburu-buru mencelanya, sebaliknya CELA-lah dirimu sendiri atas kegagalanmu menemukan sisi kebaikannya.
Sebab ketahuilah..
Seburuk-buruk manusia pasti dia masih menyimpan FITRAH yang suci. Dan tak ada manusia yang jatuh lebih rendah dari fitrahnya.
Berusahalah dirimu selalu berakhlaq dengan akhlaq Allah yang dalam pandangan rahmatNya berkenan menghapus 1001 keburukan manusia dengan hanya satu kebaikan taubat.
Dan janganlah kau tiru akhlaq iblis, kerana kesombongannya, ia justru menghapus 1001 nilai kebaikan manusia hanya kerana satu kekurangan. Fahamilah...
Nasihat Oleh Kiyai Dhiyauddin
KESEMPURNAAN HANYA MILIK ALLAH
Tidak ada keluarga yang sempurna. Kita tidak mempunyai ibu bapa yang sempurna, kita sendiri tidak sempurna, kita tidak berkahwin dengan orang yang sempurna atau mempunyai anak yang sempurna. Kita mempunyai aduan dari satu sama lain. Kita saling mengecewakan satu sama lain. Oleh itu, tidak ada perkahwinan yang sihat atau keluarga yang sihat tanpa kemaafan dan menerima kekurangan antara satu sama lain.
Kemaafan adalah penting untuk kesihatan emosi kita dan kelangsungan hidup rohani. Tanpa kemaafan, keluarga menjadi arena konflik dan krisis yang kronik.
Tanpa kemaafan, keluarga menjadi sakit. Kemaafan adalah penawar jiwa, pembersihan minda dan pembebasan hati. Sesiapa yang tidak memaafkan, tidak mempunyai kedamaian di dalam jiwa atau kebersamaan dengan Allah.
Sakit hati adalah racun yang memabukkan dan membunuh. Sakit hati adalah gerakan hati yang merosakkan diri. Ia penderitaan batin bagi mereka yang tidak memaafkan.
Itulah sebabnya keluarga mesti menjadi tempat hidup, bukan tempat kematian(hati) ; Wilayah penawar dan bukan penyakit; latihan kemaafan dan pentarbiahan. Kemaafan membawa kegembiraan di mana kesedihan telah menghasilkan kesedihan, di mana kesedihan telah menyebabkan penyakit zahir dan batin.
Teks khutbah imam Masjidil Haram tentang bahayanya media sosial, ia panjang tapi bacalah pelan2, lepas tu bagilah pandangan berkaitan dgn apa yg sedang dibincang ini;
*MUSIBAH AKHIR ZAMAN?*
Imam Masjidil Haram Asy-Syaikh Su’ud Asy-Syuraim ketika membaca khutbah Jumaat beliau berkata:
*"Adakah kita tidak melihat perubahan dalam hidup kini setelah masuknya Whats App, Facebook, Instagram dan lain-lainnya dalam kehidupan kita?*
Hal ini merupakan ghazwul fikri (perang pemikiran) yang menyerang akal, namun sangat sayang kita telah tunduk padanya dan kita telah jauh dari deen Islam yang lurus dan dari zikir kepada Allah Ta'ala.
*Kita telah menjadi penyembah-penyembah dan penagih Whats App, Twitter, Facebook, Youtube, Instagram dan seangkatan dengannya.*
Kenapa hati kita menjadi keras? Itu akibat seringnya kita melihat video yang mengasyik dan melalaikan dan juga kejadian2 yang di share di Whats App.
Banyak perkara pelik-pelik dan hiburan di sana sini yang melalaikan.
Hati kita kini mempunyai kebiasaan yang tidak lagi takut pada sesuatu pun. Oleh itu hati mula mengeras seperti batu.
*Kenapa kita berpecah belah dan kita putus tali persaudaraan?*
Kerana kini silaturrahim kita hanya melalui Whats App saja, seakan-akan kita bertemu di alam maya sahaja setiap hari.
Namun bukan begini tata cara bersilaturrahim dalam agama Islam. Kita bongkak dengan diri kita, teknologi di hujung jari kita ada.
Kenapa kita sangat sering mengumpat, padahal kita tidak sedang duduk dengan seorang pun.
Itu kerana saat kita mendapatkan satu message yang berisi ghibah (umpatan) terhadap seseorang atau suatu kelompok, dengan cepat kita sebar ke group2 lain.
Dengan begitu cepatnya kita mengghibah (mengumpat), sedang kita tidak sedar berapa banyak dosa yang kita dapatkan dari hal itu setiap hari.
*Sayang sungguh, kita telah menjadi penagih teknologi ini.*
Kita makan, handphone ada ditangan kiri kita. Kita duduk bersama teman-teman, HP ada di genggaman.
Suami-isteri tidak bertegur. Isteri lupakan kebaikan suami. Terlalu sibuk dengan handphone di tangan.
*Berbicara dengan ayah dan ibu yang wajib kita hormati, akan tetapi hand phone ada di tangan pula.*
Sedang memandu, HP juga di tangan. Hinggakan anak-anak kita pun telah kehilangan kasih sayang dari kita, kerana kita telah berpaling dari mereka dan lebih mementingkan handphone.
Aku tidak ingin mendengar seseorang yang memberi pembelaan pada teknologi ini. Kerana sekarang, jika sesaat saja HP kita tertinggal betapa kita merasa sangat kehilangan.
*Adakah perasaan seperti itu ada juga pada ketika solat dan tilawatul Quran?*
Adakah kita yang mengengkari hal ini? Dan siapakah yang tidak mendapatkan perubahan negatif dalam kehidupannya setelah masuknya teknologi ini pada kehidupan seseorang muslim dan setelah menjadi ketagih?
*Demi Allah, siapakah yang akan menjadi teman kita nanti di kubur?*
*Apakah Handphone?*
Mari kita sama-sama kembali kepada Allah, jangan sampai ada hal-hal yang menyibukkan kita dari tanggungjawab dan agama kita.
*Kita tidak tahu berapakah sisa-sisa umur kita.*
*Jangan disembunyikan nasihat ini, agar tidak menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu.*
Semoga handphone yang kita miliki adalah wasilah (alat) untuk kebaikan dan bukan wasilah dalam keburukan.
Wallahu a'lam...
Antara ciri-ciri ibubapa cemerlang ialah:
1. Membahagikan Masa dengan Anak-Anak
Paa masa kini tuntutan nafkah amatlah penting bagi memastikan anda dan keluarga dapat meneruskan hidup. Kebanyakan suami isteri mengambil keputusan untuk sama-sama bekerja bagi menampung kos sara hidup yang semakin tinggi, terutama kepada pasangan yang menetap di kota metropolitan.
Biarpun terpaksa bergelumang dengan kesibukan serta kepenatan, sebagai ibubapa yang cemerlang, anda hendaklah bijak menguruskan masa. Apatah lagi, jika anda itu sedang meningkat remaja. Zaman remaja adalah satu perjalanan daripada zaman kanak-kanak menuju dewasa. Peralihan ini mungkin sukar bagi sesetengah remaja dan juga ibubapa. Pelbagai risiko menanti, dan pada ketika inilah pentingnya peranan ibubapa.
Remaja sentiasa perlukan sokongan, panduan dan juga perhatian daripada ibubapa sama seperti kanak-kanak juga. Cuba luangkan masa dengan anak-anak dengan cara melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan usia serta minat mereka. Anda mungkin boleh mengajak mereka menonton wayang bersama-sama, bermain boling ataupun bersenam sebagai sebuah keluarga yang bahagia.
Pendengar Setia kepada Anak-Anak
Anak-anak juga seperti kita. Mereka juga mempunyai masalah mereka yang sendiri, terutama perempuan. Tidak kira melibatkan pembelajaran, hubungan sosial dan sebagainya.
Untuk menjadi ibubapa cemerlang, anda hendaklah sentiasa mendekati mereka dan ambil tahu setiap permasalahan mereka. Kongsilah pengalaman dalam membina satu perhubungan yang akrab berasaskan kasih sayang.
Walaupun agak payah untuk memulakannya, tetapi komunikasi antara ibubapa dan anak sangat penting. Anda harus mengambil inisiatif untuk terus berkomunikasi. Gunakanlah masa yang ada untuk berbual, bukannya berbalah. Bercakap dengan mereka, bukannya kepada mereka!
2. Imbangkan Pendidikan Akademik dan Agama
Sebagai ibubapa yang cemerlang, anda juga perlu melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak supaya mereka tahu bahawa pelajaran/pendidikan itu sangat penting bagi anda. Remaja yang mempunyai wawasan hidup dalam pelajaran atau pekerjaan kurang berpontensi untuk merosakkan masa depan mereka dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.
Kesimbangan antara pendidikan dunia dan akhirat sangat penting untuk meraih kejayaan serta kebahagiaan hidup. Pendidikan agama penting untuk membentuk jati diri dan akhlak mulia di jiwa anak-anak. Ramai ibubapa yang lalai dalam mendidik anak-anak ilmu agama dan menganggap ia tidak penting sedangkan keimanan dalam diri anak-anak sangat penting agar mereka tidak tersesat apabila dewasa nanti.
Anak yang hebat di dalam bidang akademik dan agama adalah insan yang cemerlang dan mulia.
3. Tunjukkan Contoh Terbaik di Depan Anak-Anak
Sebenarnya ibubapa adalah insan yang paling rapat dengan anak-anak. Bagi mereka ibubapa adalah mentor kepada mereka. Segala gerak-geri serta perbuatan yang anda lakukan di depan anak-anak, terutama pada yang masih kesil pasti akan ditiru mereka.
Sebagai ibubapa, tunjukkan sikap yang positif di depan anak-anak. Elakkan bergaduh di depan anak-anak kerana ia akan memberikan kesan buruk kepada psikologi mereka. Elakkan juga menunjukkan perkara buruk seperti merokok, mengabaikan ibadat dan sebagainya.
Berikan mereka kasih sayang, tunjuk akhlak yang baik dan ajarkan juga mereka nilai-nilai positif agar anak-anak itu menjadi seorang manusia yang anda inginkan.
4. Bersikap Adil
Antara ciri-ciri ibu bapa cemerlang ialah bersikap adil dengan semua anak .Bahkan Islam sendiri melarang ibubapa membeza-bezakan kasih sayang mereka terhadap anak-anak. Sebaliknya, ibubapa telah dipertanggungjawabkan untuk mendidik, mengajar dan memberi sesuatu dengan adil kepada setiap anak.
Setiap daripada kita dilahirkan berbeza di antara satu sama lain. Begitu jugalah dengan anak-anak. Ada yang sempurna sifatnya, ada pula yang tidak, ada yang bijak pandai, mendengar kata. Tak kurang juga yang nakal serta sukar untuk dikawal.
Sungguhpun begitu, layanlah mereka dengan adil saksama. Elakkan daripada bersikap suka membezakan kasih antara mereka kerana ia kesan negatif yang mendalam di jiwa anak-anak. Mereka mungkin akan berasa iri hati, dengki, rendah diri, benci serta dendam terhadap adik-adik beradik termasuk juga anda.
Jadi, jangan biar sampai anak-anak merasakan diri mereka tidak diperlukan dalam keluarga anda!
Sebaiknya jadilah ibu bapa cemerlang kepada anak-anak anda. Ingatlah sesungguhnya anak ialah anugerah dan tanggungjawab yang Allah berikan kepada anda. Jadi, gilaplah anak anda agar menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Jangan pernah berhenti untuk mendoakan anak-anak kita menjadi generasi yang soleh/solehan serta berakhlak mulia.
HIKMAH WANITA YANG BERKAHWIN DAN YANG BELUM BERKAHWIN
Wanita bila berkahwin awal usia, rezekinya berbakti kepada anak dan suami. Allah sediakan ganjaran yang tinggi
Wanita yang jodohnya lambat , rezekinya menjaga kedua ibubapa, dipermudahkan urusan ibadahnya tanpa anak kecil
Wanita berkahwin tapi lambat dapat anak rezekinya Allah bagi masa panjang untuk berkongsi cinta dengan suaminya
Wanita berkahwin dapat anak ramai Allah bagi rezekinya melalui rezeki anak anaknya
Jangan kita pandang rendah pada setiap rezeki yang Allah bagi. Kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita.
Syukur itu menjadikan kita bahagia
(Dipetik daripada facebook Bahagian Dakwah, Jakim)
No comments:
Post a Comment