Ubati hati mu yang letih dengan istighfar dan taubat.
Tanda hati letih bila ada rasa bosan, malas, jemu, kosong, lalai dan mudah kecewa.
Hati itu sudah penat dalam mujahadah yang selalu kalah tetapi tetap tidak mengalah.
Hati yang apabila melakukan ketaatan tidak ada kenikmatan dan apabila melakukan kemaksiatan sentiasa diburu keresahan.
Bila hati letih itu petanda hati mu digamit oleh Allah untuk kembali kepada Al Quran.
~Motivasi Dakwah
Ada org kata sekira kita jadi baik kerana Allah
Maka Allah akan hantar org baik bersama2 kita
Kita hidup kerana Allah
Bukan kerana org tersayang
Sebab org tersayang itu tidak kekal..
Biar miskin semasa di dunia kerana melakukan ibadah semata² kerana Allah, jangan miskin di akhirat kerana beribadah semata² untuk menunjuk² hebat & baik dimata manusia..
Fitrah manusia daripada Allah kepada Allah.. Bukan daripada Allah kepada DUNIA.
Muhasabah diri.. Apakah umur & amalan kita semasa di dunia ini diredhai oleh Allah @ pun dimurkai Allah..
Memang payah kalau kita nak puaskan hati semua orang tapi itu bukan bermakna kita kene stop apa yang kita lakukan (kebaikan)..
Sebaliknya kita mesti jadikan ianya suatu cabaran buat diri kita agar kita dapat buat apa yang orang x boleh..
Lakukan semua perkara dengan niat yang betul hanya kerana Allah..
Insya Allah jika semuanya kerana Allah, hasil yang kita dapat akan diberkati..
Jangan terlalu fikirkan dengan apa yang orang kata..
Jangan MaluUntuk Jadi Diri Sendiri Terus Maju Ke Hadapan JanganHiraukan Apa Orang Cakap Tentang Kita Just Be Yourself Dan Tidak Meniru Diri Orang lain..
Mencintai seseorang itu bukan sahaja bersiap sedia untuk menjaga nya tetapi bersiap sedia untuk menerima segala kekurangan yang dia miliki.
Apabila ALLAH mencintai seorang hamba, maka DIA akan mengujinya,Jika hamba itu sabar Dan redho, maka DIA akan memilihnya menjadi kekasihnya
-Hadis Riwayat Ibnu Majah
Berkata Imam Al Ghazali Rahimahullah...💎
Aku hairan melihat manusia
sering menyucikan wajahnya tapi kurang menyucikan hatinya.... Ramai yang lebih menjaga muka....kerana muka tempat pandangan manusia.... tapi sikit yang menjaga hati kerana ianya tempat pandangan Allah..... Mereka yang jarang menyuci hati tapi sering menyuci muka....mereka itu lebih mementingkan pandangan manusia daripada pandangan ALLAH . Barang siapa yang menjaga hatinya..... maka ALLAH akan jaga pandangan manusia terhadapnya..... " .( Imam Al Ghazali
Ya Allah bimbinglah hati
Ini agar tidak sedih dengan hal2 yg remeh temeh hal dunia.. Yg bakal ditinggalkan..
Apabila anda bertemu dengan cabaran dalam perjalanan anda untuk berjaya, anda mungkin cenderung untuk menghentikan perjalanan itu. Meskipun kedua-duanya menghadapi kesulitan yang sama, tetapi satu perkara yang membezakan adalah keberanian untuk meneruskan perjalanan itu.
Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya.
Untuk benar-benar mendapat motivasi diri yang jitu, anda mesti mempunyai keinginan yang kuat. Ini akan membantu anda ketika melalui situasi-situasi yang sulit dan memastikan anda berusaha untuk melakukan prestasi yang terbaik walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Jika anda berasa seperti keinginan anda semakin pudar, apa yang perlu anda lakukan ialah melihat kembali kepada impian dan matlamat anda. Ini akan memberikan motivasi kepada diri anda dan meningkatkan lagi rasa keinginan anda.
Berhentilah daripada berfikir bahawa kehidupan bahagia anda sudah berakhir.Berhentilah daripada berfikiran bukan-bukan atau negatif tentang kehidupan anda di masa akan datang. Anda tidak perlu memasukkan aura-aura negatif yang mana akan terus menenggelamkan rasa bahagia anda.
Cuba ubah persepsi diri dan tulis beberapa sasaran bahagia yang boleh anda capai dalam tempoh 24 jam ini! Nikmati kebahagian biar sekecil mana pun sebagai tanda anda mensyukuri nikmati kehidupan ini. Di samping itu, belajarlah daripada kesalahan dan cuba perbaiki diri. Jangan biarkan anda larut dari kesalahan atau kekalahan masa lalu.
Kesudahan hidup ini ialah mati
Oleh itu carilah bekal sekarang.
Satu kemuliaan yg Allah beri pada insan ialah
Rajin dan usaha keras
Dan kejayaan itu akan dilengkapkan dengan doa
Persahabatan itu bukan setakat utk dinikmati
Tapi juga untuk dipelajari
Kita tersenyum bukan semata-mata sebab kita bahagia atau senang
Tapi sbb kita memang baik.
Permulaan kemarahan ialah
Gila
Akhir kemarahan ialah
sesal
Untuk melihat kesabaran seseorang
Maka lihat ketika dia marah
Jangan menjadi orang yang rugi
Apa bila dia buat kebaikan
Dia rasa seperti kerugian..
Sesiapa yg jadi ketua maka dia mudah untuk menjadi sombong. Oleh itu hati2 jgn jadi manusia yg dibenci Allah.
Payah nak buat ni
Berbuat baik sewaktu kita derita
Berbuat baik sewaktu kita kecewa
Berbuat baik sewaktu kita dihina
Berbuat baik sewaktu kita putus asa
Berbuat baik sewaktu kita kena musibah
Kerana ini hanya pangkat orang yg paling baik..
Kalau kita kaya sekalipun maka hiduplah dengan sederhana. Kerana sederhana itu indah dalam setiap keadaan.
Jangan besedih berlebihan sewaktu hati ingin bersedih.. Tinggalkan sedikit ruang untuk kesabaran mencari hikmah..
Cara terbaik melepaskan kemarahan ialah menjadikan diri terbaik dan org baik.
Mengeluh kesyukuran
Allah Tuhan kalu nak bagi pahala ko kita gat (kpd kita)
Tak seko2(tak sangka2)
Alhamdulillah
Walaupun hati anda dalam keadaan gundah, cubalah untuk selalu tersenyum. Senyuman mampu menimbulkan gelombang positif yang sama seperti denyutan jantung,tekanan darah dan aktiviti otak. Dengan tersenyum juga anda akan dapat menyamarkan kesedihan dan membangkitkan rasa bahagia.
Mulia mcm mana pun kita...
Tetap kita dari setitik air mani yg hina.
Gagah mcm mana pun kita...
Tetap mayat kita org lain yg angkat.
Cantik kacak mcm mana pun kita...
Tetap tengkorak kita sama jer bentuknya.
Besar mcm mana pun rumah kita ...
Tetap kita balik ke rumah yg sama jer saiznya kubur.
Banyak mcm mana pun kenderaan kita...
Tetap kita ke bilik air berjalan kaki juga.
Sedap mcm mana pun makanan kita...
Tetap keluar di bawah sama jer busuknya.
Tinggi mcm mana pun badan kita...
Tetap kita tak akan nampak apa yg nak berlaku di hari esok.
Bertingkat mcm mana pun duit kita...
Tetap serah ke org lain juga bila kita mati.
Semahal mcm mana pun kereta kita...
Tetap harga sebuah keranda juga yg kita bayar akhirnya.
Bergulung mcm mana pun ijazah master phd kita...
Tetap surat sah kematian juga yg waris kita peluk.
Keras mcm mana pun hati kita tak mau sembahyang...
Tetapi bila kita mati kelak, tetap akan di sembahyangkan juga mayat kita.
Benci mcm mana pun kita kpd org masjid...
bila mak ayah kita mati...
org masjid surau juga yg kita cari.
Meluat mcm mana pun pandangan kita kpd ulama dan golongan tabliq...
bila kita tidur mlm...
mereka inilah yg berdoa supaya Allah slmt kan kita drpd azab api neraka Allah.....
Oleh itu...
jangan sombong ego berlagak, menunjuk sgt dgn apa yg kita miliki...
kerana semua itu cuma sementara...
kita pinjam jer...
semuanya abadi milik Nya yg satu....
ALLAH swt ...
Pandang langit ,
Tersangat luas ,
" Kan bagus kalau pahala aku seluas itu "
Tapi aku takut ,
Kalau dosa aku seluas itu
Selamat malam semua
KAMU HIDUP dimuka bumi ini hanya sekali sahaja,.Apabila kamu bersalah maka mintaklah kemaafan.Apabila kamu rindu,berceritalah.Bila kamu suka ungkapkanlah,Kamu jgn diam.!!!Jadikanlah orang yang melihatmu,dia teringin untuk menjadi sepertimu, orang yang mengenalimu, mendoakan kebaikan untukmu,orang yang mendengar tentangmu,
dia berangan untuk berjumpa denganmu. Orang yang menghias akhlaknya dengan akhlak yang baik tidak akan kering bau wanginya sehingga dia berada didalam KUBUR SANA....
Senyum yg paling indah ialah senyum di saat hati menangis
Allah melihat senyumanmu itu.
Nak habaq ni, jangan stress, jangan panik, jangan terlalu fikir masalah kerana tidak ada masalah yang paling besar melainkan masalah akhirat. Apabila kita dapat kawal dari stress dan panik, ia banyak bantu memberi kita kesihatan yang baik, melambat kelihatan tua serta memberi impak kpd rohani yang baik....yang sukar utk menenangkan diri maka perbanyakkan istighfar dan zikir...jantung hati yg tidak sihat perlu dirawat dgn Al-Quran...jiwa yg gelisah dapat ditenangkan dgn bercampur dgn orang2 yg soleh dan jika sukar untuk bergaul org lain maka Nabi s.a.w ajar kita agar banyak memberi salam kpd orang lain dan menjamu orang makan. jika kita ingin menjaga istiqomah maka jagalah ucapan dan jika hendak mengawal nafsu maka berpuasa sunat. Tip2 ini adalah di ajar oleh Nabi s.a.w dan ia adalah perbuatan amal soleh yg mulia disisi Allah SWT. Mudah2an kita sentiasa ceria , senyum selalu kerana senyum itu sedekah yg paling ringan dan memberikan ketenangan orang yg melihat kita. Buatlah baik kpd orang2 lain sekurang2nye memberi nasihat.
No comments:
Post a Comment