Org nampak kita senang tapi org x pernah nampak saat kita susah payah...
Org nampak kita sihat tapi org x pernah nampak saat kita sakit...
Org nampak kita gembira tapi org x pernah nampak saat kita bersedih....
Org nampak kita bahagia tapi org x pernah nampak saat kita menderita...
#####
Tak kisah lah..janji kita boleh bersabar dgn ujian dunia.. Mereka tak tahu tak.. Allah yg maha tahu..
Ada ketikanya kita rasa sayu dan sebak
Itulah sentuhan rasa yg kita miliki
Alangkah indahnya kalau rasa itu
Dinikmati dgn insaf dan keimanan..
Bagi yang tak pernah sakit
Adakah kita bersyukur dgn nikmat sihat hari ini.
Perjalanan di Dunia ini sangat memenatkan utk sampai ke distinasi ..
Namun kita tak Boleh berputus asa
Dan berhenti berjalan
Kerana itu bukan tujuan kita datang ke sini.
Ada ketikanya kita tidak boleh jawab krisis atau perbalahan dalam Whatssp atau Facebook. Makin dijawab makin celaru. Makin tambah masalah. Media sosial adalah kaku tanpa perasaan.
Ada baiknya kita sabar dan diam. Tunggu sejuk dan berfikir.
Kuat kan semangatmu
Teruskan perjalanan
Jangan bandingkan hidupmu dgn orang lain
Kamu adalah kamu
Takdir antara manusia tidak sama
Mohonlah pentujuk drp Pencipta takdir.
4 Yang kecil akan berjiwa besar
1. Jangan pandang remah kebaikan org yg kecil
2. Anggaplah kebaikan kita yang banyak itu kecil
3. Anggaplah kesalahan orang terhadap kita adalah kecil
4. Anggaplah ujian dan masalah yg kita hadapi adalah kecil.
Udara yg kamu nafaskan itu bukan milikmu.
Suatu saat Allah akan ambil semula nafas itu dn disitu kamu akan tahu Hakikat dunia ini.
Nilai paling tinggi dalam hubungan
Payah utk marah dan mudah memaafkan
Dan Itulah sifat rasulullah saw.
Sekiranya Satu daripada nikmat kasih sayang ditarik oleh Allah...itu tanda Agar kita sedar kekuasaan Nya
Cinta merupakan sumber kebahagiaan dan cinta terhadap Allah harus dipelihara dan dipupuk, suburkan dengan solat serta ibadah yang lainnya. (Imam Al Ghazali)
Barangsiapa yang menghabiskan waktu berjam – jam lamanya untuk mengumpulkan harta kerana ditakutkan miskin, maka dialah sebenarnya orang yang miskin. (Imam Al Ghazali)
Makan Sini Halal, Bawa Pulang Haram
(Adab menghadiri rumah terbuka, jamuan, kenduri dan keraian)
Suatu ketika dulu saya pernah menulis satu cerita bertajuk 'please take one' yang ramai dikongsi oleh pembaca untuk menjadi panduan kehidupan.
Hari ini saya nak ingatkan semula terutama musim musim perayaan ini yang mungkin kita terlupa dan terlalai.
Apabila kita ziarah rumah kawan, sahabat atau saudara atau open house, tuan rumah akan menjamu kita dengan berbagai bagai makanan. Ada yang baru disediakan dan ada yang telah tersedia di dalam balang kuih.
Apa yang dihidang atau disediakan tu adalah untuk kita makan di situ. Bukan dikaut masuk poket dan bawa balik ke rumah. Lainlah jika tuan rumah bungkus dan beri kita bawa pulang.
Ada orang apabila kuih itu dia suka dan sedap, dia ambik dan bungkus didalam tisu dan masukkan dalam poket atau beg.
Hukumnya haram. Kecuali minta izin.
Makanan yang diambik tu bukan hak kita. Tuan rumah sediakan untuk tetamu. Mana tahu selepas kita ada tetamu yang datang lagi.
Ni kena bagi ingat dan pesan pada anak anak. Saya yang selalu berpesan pada anak-anak, anak-anak dah besar pun masih ada yang telah melakukan tanpa sedar.
Semalam pergi ziarah rumah kawan, ada manisan yang dihidangkan. Ting-ting yang diperbuat dari kacang, ditumbuk halus dan digaul dengan gula. Kemudian dicetak ikut bentuk yang disukai , kemudian dibungkus supaya tidak berterabur. Bila dimakan, kita ambik sebungkus, buka dan suap dalam mulut.
Tuan rumah sediakan manisan ini banyak di dalam mangkuk kuih. Sedap makan hingga terasa banyak dihabiskan. Tuan rumah tak kisah kita makan. Makan sama sama sambil berbual-bual.
Pagi tadi selepas solat subuh, saya ternampak sebungkus manisan ini atas meja. Hmm... apalagi, semua kena panggil untuk diberikan tazkirah.
Dan segera saya ambik gambar dan wasap tuan rumah untuk meminta maaf dan mohon dihalalkan. Sangat takut makanan ini menjadi asbab tubuh dijamah api neraka. Takut sungguh saya.
Makanan memang halal tetapi cara mendapatkan makanan itu menyalahi , menyebabkan jadi haram.
Oleh itu mak mak berhati hati ya. Perhatikan anak anak kot mereka ada terambik makanan tanpa disedari. Boleh ambik dengan izin. Jika benar anak suka tidak diberikan, anak jadi tarantula, cakap dengan tuan rumah minta dihalalkan. Jika dalam kereta baru tersedar segera telefon bagitahu. Zaman kini dah canggih, ada telefon untuk dihubungi.
Kalau zaman dulu, saya hantar dan pulangkan. Pendek kata pernah suami patah balik semula ke rumah kawan untuk bagitahu yang anak dah terambil dan bawa ke dalam kereta. Pastikan makanan itu halal kerana makanan halal membersihkan hati agar mudah dengar nasihat, mudah faham ilmu dan mengamalkan ilmu yang dipelajari.
Jangan salahkan anak benak jika kita tidak endah pun apa yang anak makan, sumbernya halal atau haram. Biar anak lambat pembelajaran kerana akalnya, tetapi lurus dan bersih hatinya.
Perkongsian ilmu dari,
Muna Liza Binti Ismail
Belum pernah saya berurusan dengan sesuatu yang lebih sulit daripada jiwa saya sendiri, yang kadang-kadang membantu saya dan kadang-kadang menentang saya. (Imam Al Ghazali)
Rahmat akan datang kepadamu jika ia sudah ditakdirkan untukkmu, baik suka atau pun tak suka. Bencana akan menimpamu, jika itu takdir bagimu, entah suka atau tak suka, dan kau cuba menangkisnya dengan do'a, atau menghadapinya dengan kesabaran dan keteguhan hati demi mendapatkan keredhaanNya.
Ya Allah , gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, dan jadikan kesenangan itu awal kebahagian, dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tentram . Ya Allah dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan, dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan. Semoga jiwa dan ragaku di jalan Mu Ya Allah.
Alangkah indahnya jika setiap pekerjaan membuat kita teringat kepada ALLAH SWT. Maka setiap detik adalah ibadah yang tak putus-putus.
Niatkanlah setiap pekerjaannmu sebagai ibadah, dan jalankanlah pekerjaan tersebut sebagai ibadah yang terbaik
Kasih sayang itu
Ialah keindahan jiwa
Cinta datang bersama pengorbanan
Jika kau sedar.. Itulah dirimu yg seharusnya
Wanita insan yang terindah
Untuk bersamanya diperlukan
kelembutan, keimanan, dan cinta
Kita ni kan.. kalau kita tengah usaha jaga istiqamah... tiba2 ada perasaan yg mendorong rasa nak buat jahat.. bila terasa tanduk setan nak keluar je, maka kita cepat2 baca doa ni.. Doa ini ada di dalam Kitab Riadus Solihin..hadis Imam Muslim.. Hafal lah doa ni.. dan amal dalam sujud setiap kali solat.. Ini adalah antara doa yg kami tidak tinggalkan setiap hari.
اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَهَا
"Allahumma ati nafsi taqwaha, wa zakkiha anta khairu man zakkaha, anta waliyyuha wa maulaha."
"Ya Allah, berikanlah ketakwaan kepada jiwaku, dan sucikanlah ia, Engkaulah penolong dan pelindungnya."
You will see the difference soon.
Iman tidak akan sempurna hinggalah kamu merasa bahagia melihat saudara kamu bahagia ketika dia mendapat nikmat, meskipun kamu sendiri belum mendapatkan nikmat itu. Begitu juga dengan kesedihan yang dirasakan saudara kamu, kamu mesti merasa sedih juga.
Berlatihlah untuk bersyukur dan redha atas pemberian yang telah Allah tetapkan sebelum kamu diciptakan lagi. Kerana redha atau tidaknya hati kamu, tidak akan mampu mengubah taqdir itu.
Satu daripada bahagia ialah apabila ada orang yg bercakap menyakitkan hati kita. Namun ia tak tersimpan dalam hati kita. Ia berlalu sebagaimana angin berlalu.
Namun siapa yg mampu?
Jadikan kebaikan itu sebagai satu cahaya untuk mu menuju jalan Allah..
Mari kita bersihkan diri daripada sifat benci, dendam, hasad dengki ataupun iri hati yang tercela ini kepada sifat selalu bersyukur, reda dan berkasih sayang. Burulah kebahagian dengan sifat terpuji.
“Wahai Tuhan kami! Ampunkalah dosa kami dan dosa saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan rahmat-Mu.” (Surah al-Hasyr, ayat10)
No comments:
Post a Comment